PERMAISURI MEMINTA BAJU RAYA UNTUK ANAKNYA
Lagi beberapa hari lagi kita nak raya kan..... Mesti sahabat-sahabat di luar sana sedang sibuk dengan persiapan hari raya (baju baru, kasut baru, topi baru, rantai baru, stoking baru, langsir baru, perabot baru). Betul tak? Kalau begitu, mari kita BACA sebuah kisah ini............
PERAYAAN kian dekat. Damaskus,ibu kota kekhalifahan Bani Umaiyah,semarak dgn kegembiraan
Semua orang sibuk dgn persiapan masing-masing bagi menyambut saat-saat bahagia itu.
Khalifah UMAR bin ABDUL AZIZ duduk di dlm istana,lalu isterinya datang menghampirinya.
"Hari raya kian tiba.Anak-anak kita memerlukan dua salinan pakaian baru untuk hari raya." kata isteri UMAR
"Aku juga sedang memikirkan perkara itu.Namun apa yang boleh aku lakukan ? " jawab Umar sedih.
''Anda tahu,putera puteri para pemimpin dan bangsawan akan mengenakan baju-baju mahal dan hiasan permata dalamperayaan hari raya.Putera-puteri khalifah juga harus tampil dengan pakaian yg sesuai dgn kedudukan mereka."isterinya cuba memberi alasan.
"Tetapi aku tidak punya hak untuk memberimu apa yang engkau harapkan.Gajiku terlalu sedikit untuk membeli pakaian baru untuk anak-anak."
" Amirul Mukminin! Kalau begitu berikan gajimu padaku satu minggu depan dan aku akan mengatur pembelian baju anak-anak menggunakan duit itu."
''Tetapi siapa yg boleh mengatakan bahawa aku akan hidup satuminggu depan ?
Dan siapa yg tahu aku tidak diturunkan oleh rakyat sebelum satu minggu depan berakhir?
SUDAHLAH !! Lebih baik kita meninggalkan kemewahan drpd risiko berhutang yg belum tentu dapat kita bayar !.....
Macam mana kawan-kawan, best tak cerita tadi? Kalau begitu, Marilah kita sambut SYAWAL tahun ini dengan SEDERHANA. BOLEH???
No comments:
Post a Comment